
Tibet, sebuah wilayah China yang berada di bahagian barat China merupakan sebuah wilayah ayng sering bergolak. Hanya pada tahun 2011 seramai 20 orang sami telah membakar diri sendiri untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap layanan kerajaan China.
Sehingga Mac serama 6 orang sami telah mengikut jejak langkah sami yang sebelum ini untuk membakar diri sendiri. Salah seorang daripada mereka telah membuat rakaman menyatakan rasa tidak puas hatinya ke atas kerajaan China yang tidak membenarkan Dalai Lama untuk kembali ke Tibet.
Konflik mengenai Tibet ini telah bermula sejak dari tahun 1959 berkaitan dengan sejarah. Tibet merasakan bahawa mereka merupakan sebuah negara yang bebas dari mana-mana kuasa manakala China melihat bahawa Tibet merupakan salah satu daripada wilayah mereka dek lantaran perjanjian diantara China dan Tibet seawal tahun 1900-an. Kemudian, Tibet dan China telah melalui fasa dimana mereka telah membuat perjanjian. Salah satu isi kandungan perjanjian ini ialah China berjanji untuk memerdekakan Tibet selepas satu jangka masa tertentu. Namun dikatakan bahawa China tidak mematuhi perjanjian tersebut.
Sejurus itu, konflik sering melanda Tibet sehingga ke hari ini tanpa mengenal pasti dimana silapnya. Kesan daripada ketidak stabilan yang melanda Tibet ramai masyarakat etnik Tibet yang tidak bersetuju dengan layanan yang diberikan kerajaan mula bermigrasi ke negara lain dengan taraf sebagai pelarian. Malah ketua mereka yang di iktiraf sebagai Dalai Lama turut dibuang dari China dan tidak dibenarkan untuk pulang ke Tibet semula.
Isu Tibet menjadi semakin hangat apabila mereka mendapat liputan dari media antarabangsa. Malah terdapat beberapa sarjana yang percaya kumpulan etnik Tibet diluar negara mendapat tajaan dari organisasi antarabangsa.





